"" ""
ADD BACKLINK HEREMyspace Layouts

nurul's Quotations

i am who i am.i do what ever makes me happy.i live for me.NOT U!u may not agree with me...but i`m not seeking ur approval.i`m happy with all that i`m

i help you

Wednesday, December 28, 2011

hero dan heroin hidupku

panggil aku nurul.... aku seorang yang serba kekurangan ... perempuan yang menjalani kehidupan yang penuh dengan warna warni, dididik untuk menyayangi keluarga... diajar bahawa keluarga adalah harta yang paling berharga... tiada nilai yang boleh disama nilai dengannya.... mungkin sebab itu aku begitu menyintai dan menyayangi keluarga ku....
pada zaman kanak-kanakku aku adalah seorang yang panas baran yang tahap kronik.... muda ataupun tua sama darjat dimataku.... kedegilanku sangat mengerikan... sesiapa sahaja tidak boleh melawanku.... kesusahan keluargaku mendorong aku menjadi agresif.... mamaku hanya penjual sayur... setiap kali aku melihatnya menjadikan aku tabah... aku selalu menemani mama menjual sayur sampai aku terasa seolah-olah mamaku adalah robot... mamaku seorang yang kuat dari segi fizikal dan mentalnya.... semangatnya sangat dasyat.... mamaku pernah di maki hamun orang sebab menjual di kawasannya... Allah!! sungguh aku bangga dengan mama,,, dia sangat tabah... meminta maaf dengan orang itu seikhlasnya... tiada wajah kecewa pada mama.. yang ada cuma senyuman yang penuh makna.... mamaku selalu berpesan bahawa rezeki ada di mana ... i love you mama... pernah aku melihat mama berjalan sejauh 3km menbawa berkilo2 sayur untuk di dagangkan... ya Allah! kalau di kenangkan sungguh menusuk di dalam kalbu... kalau di ikutkan sejarah keluarga mamaku bukan lah sesusah itu .. kehidupannya mungkin jauh lebih baik sebenarnya.. duduk rumah sahaja.... tetapi mamaku lebih senang membesarkan kami dengan cara itu dengan harapan anak2nya boleh mengigati zaman itu untuk teladan dan pendorong untuk kami... sekarang mamaku sudah stabil.... alhamdulillah,syukur.....
                Bapaku seorang yang sangat tegas.... tapi dalam ketegasannya dia seorang yang sangat penyayang... sumpah!!! setiap kali aku mengingatkan bapa ku aku menjadi sangat sayu.... :( teringat aku bila aku tiba2 sakit sampai aku pengsan pada perkahwinan kakak Along ku dalam mamai aku memeluk bapa... aku sedar air mataku menitis satu persatu seolah2 berirama sedih.... bila aku sedar,,, dalam kabur aku melihat bapaku duduk d lantai sambil menagis.... aku memanggil bapaku "pa,...."sambil aku menagis... bapaku lantas bangun sambil mamaku memangku.... bapaku benar2 stress.... mamaku keluar.... bapaku mengesat air mataku... "sayang... knpa jd mcm ni.... klu mcm ni... lebih baik bapa sahaja menggantikan kamu... bapa rela mati dari tgk kmu mcm ni...."sumpah... aku terkedu... ku peluk erat bapaku.... ya!Allah terima kasih kerana Engkau menganugerahkan dua insan yang menjadi idola aku sekali gus menjadi sebab utama aku terus bernafas di dunia ini ... :(


Thursday, December 22, 2011

Hati-Hati Upload Gambar Di Facebook , Ianya Boleh Dibogelkan


Lihat gambar wanita di sebelah bagaimana software edit gambar boleh digunakan untuk membogelkan gambar diri anda.


Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terer yang kita tidak sangka.

Nasihat penulis, kalau perempuan, dinasihatkan agar janganlah upload gambar dekat facebook atau mana-mana laman sosial dengan gambar penuh seperti gambar diatas. Ambillah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda.


Sekian buat mereka yang suka upload gambar sendiri ke facebook. Kalau ada elok-elok delete sebelum terjadi macam gambar diatas.
p/s :: credit info http://www.uptomu.net


love,

Fakta-Fakta Kelakar Yang Boleh Buat Anda Mereng

Tahukah Anda!!!

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.


6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.

p/s: faizal??? aku x kenal// hehehe..... tp klaka kan

credit info  http://amazingnara.com 



love,

Life Vest Inside - Kindness Boomerang - "One Day"



really like the concept ... cool and sweet.. awesome

Monday, December 19, 2011

Mandy Moore - Only Hope Lyrics



i love this song at the moment ... i'll try to sing this song ... |karaoke mode|


love,

Sunday, December 18, 2011

kita satu

sering ku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Penyesalan cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Kerana engkau adalah milikku


love,

Thursday, December 15, 2011

touching mode...

malam,
aku suka  kerana malam membuatkan aku berfikir sejenak....
keadaannya yang tenang tanpa gangguan jerit pekik, dan kesesakan ...
membuatkan aku setenang bulan yang seolah2 memerhati dunia..

malam,
selalunya membuatkan aku lebih masa untuk menilai diriku sendiri,yang mana siangnya aku menurut perasaan cuma...
di mana aku mempunyai lebih masa untuk menenangkan kembali perasaanku..

malam,
saat di kegelapan aku  tidak pernah meminta sang airmata gugur menagisi masa lalu..
siang aku cuba bertahan agar perasaan menang tanpa bertanding dengan lawannya si airmata...
namun berkali aku gagal... airmata tetap peroleh emas...
mungkin suasana yang damai membuatkan kita seolah-olah melihat segala masa lalu di screen imaginasi ...

malam,
kadangkala aku takut dengan kehadiran mu ..
kehadiran mu padaku cuma membuat aku takut akan kebenaran dan rialiti hidup,
aku tidak pernah mendapat keberanian untuk melihat diriku dalan terangnya siang,
rasa rendah diri dengan kejadian semalam dan hari ini.
aku semakin takut dengan itu..





love,

Wednesday, December 14, 2011

someone like you

♫ I heard, that you're settled down.
That you, found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things, I didn't give to you.

Old friend, why so shy?
It ain't like you to hold back or hide from the lie.

I hate to turn up out of the blue uninvited.
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded,
That for me, it isn't over.

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best, for you too.
Don't forget me, I beg, I remember you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yeah.

You'd know, how the time flies.
Only yesterday, was the time of our lives.
We were born and raised in a summery haze.
Bound by the surprise of our glory days.

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded,
That for me, it isn't over yet.

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remember you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead", yay.

Nothing compares, no worries or cares.
Regret's and mistakes they're memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remembered you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remembered you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yay, yay.. ♫






love,

Monday, December 12, 2011

aku yang kadang2 ego!!!

mulut kata TIDAK, hati kata YA ... katanya dia bukan EGOIS tp blablablabla.. perasaan MAHU tp akal menghasut JANGAN ... kekasih kata BYE-BYE, dia kata THEN OK LA ... padahal hati meraung ... mata menjeling ego ... lengan kuat bersilang .. kaki laju melangkah .. wajah memandang langit,sombong! badan dipusingkan untuk chow! setibanya di ranjang dia mahu menangis, sekali lagi hati menghasut JANGAN LAKUKANNYA... perasaan ingin CALL tp akal menjadikannya MISSED CALL.. akhirnya dia tertidur d ranjang bujang... dan keesokan dia BANGUN,mengeliat segar... mandi+sarapan dan terus berjalan.. membuat perjanjian dalam diri "NURUL next time jadi budak baik taw" :)

love,

Thursday, December 8, 2011

nurul aharin


aku...
bukanlah seorang yang sempurna,
aku...
bukanlah bidadari yang menjadi igauan mana-mana lelaki
aku...
bukanlah isteri idaman sang suami,
aku...
cuma seorang perempuan yang serba kekurangan dari segi mental, fizikalnya
aku...
tidaklah layak untuk pujian melambung
dan...
aku ...
selayaknya berserah kepada-Nya
aku...
sekadar bisa mengalah kepada keadaan
namun aku...
tidaklah sebodoh yang lainnya membiarkan orang berkuasa memijak-mijak kepala seolah aku bukan manusia
aku...
yakin dengan kekuatan minda ku...
kekuatan semangatku..
kekuatan hatiku..
kecekalan ku
kerana aku yakin selain Allah dan keluarga tiada siapa yang menjadikan aku segagah dan seberani ini menghadapi dunia yang banyak menggoda dan penuh dengan muslihat... hanya diriku sendiri....
terima kasih HATI ...
kerana kamu aku segagah ini...
terima kasih MINDA..
kerana kamu sentiasa positif menghadapinya
terima kasih AKAL...
kerana kamu sentiasa memotivasikan diriku
terima kasih SEMANGATKU..
kerana kamu selalu bersamaku .


love,

Monday, December 5, 2011

NOVEMBER 29!!!!

TODAY, 29 NOV 2011: thanks to ALLAH!Greatest Love im 24 now.alhamdulillah.TO MUM AND DAD thanks for everything.. love my parent.im so busy growing up, i often forget they are also growing old :( flying kiss for them! my SIBLINGS u all so amazing for me! no matter what,forever love!, FAMILY,without u my life is in dark! B.F.F u all is wonderful friends! no word can i say,perfect and thanks! F.B.F thanks guys for the all wishes, im appreciate it! :) and my man,u are the css to my html!lol! .anyway thanks for all prayers.GOD WILLING.HELLO 25!
 ·  · 29 November at 12:37 near Kuala Lumpur



THANK YOU!



Saturday, November 26, 2011

Tuesday, November 22, 2011

fever is coming...


sayang sangat kat blog aku ni... ape je kena tulis kat cni... walaupun xda org yang baca... heheheh... 2 days ago aku dah start fever tp... protection yang baik... x jadi pla.... td balik keja kena hujan lagi.. huh... lebat kot!aku bertambah demam
... kesian kan...  heheheh... eh!!! tpkan.. 1 lagi nak share kat cni.... ape malangnya aku minggu ni?sampai 2x jatu kat tempat keja????? huh!! mudah-mudahan  x ada lg yang ke-3 kalinya untuk aku mencium lantai tempat kerja.... heehehheeheheheh.. cepat sembuh ya diriku .... :)

Monday, November 21, 2011

HARIMAU MALAYA PEMILIK EMAS SUKAN SEA INDONESIA!!

aku tidaklah sehebat pengulas sukan bola sepak tapi bolehlah untuk ulas sikit2... hehehehehehehe .....sebelum tu aku nak nyanyi dulu ole!ole!ole!...ole!!!kita lah juara!!!!!yehaaaa... heheh... aku dah get ready depan tv start jam 6.3opm lg... hahahah... tgk nada2 cinta.... wakakakaka... sambung tgk bola... MALAYSIA VS INDONESIA... wo...wo...wo.. panas!!!! mcm tgk wold cup siot!!!! stadium full gila!!!!! supporter MALAYSIA seciput je....hehehe semua supporter INDONESIA sumanya fanatik gile!! sampai bakai ticket counter lg.. ganazzzzzzzzzz!! kesian MALAYSIA football players p stadium naik kereta kebal... hahahahah.. ye lah... macam2 boleh jadi!! ok..ok... 5minit pertama INDONESIA dah GOAL pertama.... kecut xyah ckp.... aku mcm nak nagis time 2... uwahhhhhhhhhhh!!!!tp masa pertengahan MALAYSIA 1 GOAL!! 1 vs 1... nah kan!!! MALAYSIA bah tuu.... manang itu tatap!!! hahahahaha  .....................................................
Khairul Fahmi Che Mat(apek).. aku sebenarnya mengelabah melihat permainan apek di awal game ni... seolah2 dia hilang arah .. mungkin beliau agak terganggu dengan gossip yang boleh dikatakan sekarang ini agak panas macam pisang goreng panas!tapi belaiu membuktikan yang beliau sebenarnya tidak terusik dan tidak mengelabah tentang gossip itu sebab buktinya sekali lagi dia menjadi hero kita.. terima kasih kepada beliau dan teamnya!

MALAYSIA we're proud of you!!!!! TIGERS, YOU GUYS ARE BRINGING BACK THE GLORY OF FOOTBALL TO MALAYSIA! pemain MALAYSIA meraikan kejayaan menewaskan INDONESIA  pada perlawanan akhir bola sepak SUKAN SEA DI STADIUM BUNG KARNO, JAKARTA.HARIMAU MUDA menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1!!!
pangsapuri tempat tinggal aku juga meriah seolah2 d stadium plak!!! yuhuuuuuuuuuuuu.. best!! kereta suma hon2.... memang meriah!!!!!heheheheh... 

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
SEKALI LAGI, TAHNIAH KEPADA TEAM HARIMAU MALAYA@HARIMAU MUDA KERANA MENANG EMAS PADA SUKAN SEA KE-26 JAKARTA 2011!!!!!!!!!! MALAYSIA (HARIMAU MUDA) vs INDONESIA (GARUDA) DENGAN MATA 5-4... SYABAS!!

Saturday, November 19, 2011

fb vs facebook










































-Lawak Ajoi&Sumardi Tentang Facebook-







Ajoi : Weh! Tolong ajar aku buat facebook boleh tak?




Sumardi : Boleh. Ko dah ada depan komputer ke?




Ajoi : Dah. Aku dah ada email pun.




Sumardi : Cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer.




Ajoi : Browser tu ape?




Sumardi : Laa. Ko klik menu start, lepastu cari tulisan internet explorer.







Ajoi : Lepastu?




Sumardi : Kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter.




Ajoi : Oke! Lepastu weh?




Sumardi : Kalo dah keluar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada.




Ajoi : Isi yang mana weh? Takde pape pun kat page ni.




Sumardi : Takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?




Ajoi : Paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’.




Sumardi : Oh! Ko salah tulis dari awal tu.




Ajoi : Betul la aku type, www.facebook.com.




Sumardi : Hmmmm, mungkin connection internet ko mati kot.







Ajoi : Eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet




Sumardi : Cisss. Senget! Jari aku sampai lebam kasi tau ko. Rupenye rumah ko takde internet.




Ajoi : Hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanks ye.




Sumardi : Sokey bro, email ko ape weh?




Ajoi : www.taikocai@yahoo.com







Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah buka lagi.




Sumardi : Laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..




Ajoi : www tu ape weh?




Sumardi : Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh~




credit to http://www.facebook.com/HimpunanCeritaLawak

Khasiat kismis










Tidak perlu menjadi seorang pengembara atau seorang pendaki untuk mengiktiraf kismis sebagai satu jenis makanan yang ajaib. Ini kerana kismis adalah makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi dan rendah kandungan lemak serta kolesterol juga selalu diambil oleh para pengembara dalam mengekalkan stamina mereka. Kismis adalah makanan yang mudah untuk diuruskan dan hampir tidak akan menjadi benyek. sepertimana buah buahan kering yang lain, kismis begitu mudah didapati sepanjang tahun.
Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur samaada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless.Perlu di fahami HPA menyediakan terbaik kismis hitam yang tidak campur sulfur (belerang) semasa proses pengeringan asli di bawah matahari untuk lebih vit.E ..Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal. Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula. Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera. Antara khasiat kismis adalah seperti berikut :
Membantu menajamkan Minda:
Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
Jika kita lemah dalam matapelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah. Ingat! Anda dilarang mengambil nasi lemak ketika hendak belajar kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah beroksigen yang tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga. Itulah sebabnya kita akan mengantuk selepas makan nasi lemak(Otak kekurangan oksigen). Imam Zuhdi berkata, ” Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering”.
Perlindungan Antioksida :
kismis bukan sahaja menjadi bahan ujikaji kajian “phytonutrient” kerana mereka mengandungi Phenol, bahkan mereka merupakan sumber alternatif mineral boron bagi rakyat sedunia. Phenol yang dijumpai di dalam kismis mempunyai aktiviti antioksida. Boleh dikatakan aktiviti antioksida bagi hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sejajar dengan aktiviti antioksida yang terdapat didalam kismis. hebat bukan ?
kismis dikategorikan sebagai salah satu daripada buah-buahan yang kaya dengan anti0ksida selain buah prun dan aprikot. Flavonol, salah satu jenis phenol daripada keluarga flavonoid dikatakan hampir tidak terjejas kandungannya ketika proses pengeringan anggur tetapi kandungan phenol di dalam kismis adalah lebih rendah daripada anggur. Ini disebabkan kebanyakan daripada phenol telah dimusnahkan dalam proses penukaran anggur kepada kismis. Phenol-phenol ini adalah hydroxycinnamics (asid kaftarid dan kautarid), procyanidins dan flavan-3-ols.
Boron untuk tulang yang sihat:
Walaupan jarang kita dengar tentng kepentingan boron dalam kehidupan kita tetapi disini saya ingin menerangkan bahawa boron berkait rapat dengan wanita iaitu kesihatan tulang dan Osteoporosis(tulang rapuh). Boron merupakan mineral yang diperlukan bagi menukar Estrogen dan Vitamin D kepada bentuk paling aktif(17-beta-estradiol dan 1,25-(OH)2D3). Kandungan estrogen yang menurun selepas Menopause menyebabkan Osteoclast menjadi sensitif terhadap hormon paratiroid( terletak di leher) yang memberi isyarat kepada mereka untuk merapuhkan tulang. Kajian menunjukkan bahawa boron memberikan perlindungan daripada Osteoporosis dan mengembalikan semula kebanyakan efek positif Estrogen kepada wanita yang telah Menopause. Kismis merupakan antara “top 50″ penyumbang terbesar bagi Boron di Amerika Syarikat.
P/S: Oleh itu, saranan saya kepada para pembaca ialah tingkatkan pengambilan kismis dengan kekerapan yang tinggi…Cuba renungkan mengapa orang2 Arab mempunyai daya ingatan yang kuat dan hafalan yang mantap...

malaysia vs myanmar 1st gol

go!go!harimau malaya!!!!!!i love you.... jantungku macam nak jatuh tgk game td...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh!!! 0-0... sanggup aku x tengok ulangan nada cinta sebab nk tgk Malaysia vs myanmar td.... nasib baik dapat 1 goooolllllllllll .... thanks fakri for your goal!!!!!!!!! fall in love with you!!!!!!!!

Friday, November 18, 2011

macam2 orang!!!!

assalamualaikum...
 aku tidaklah sempurna untuk menilai orang tapi aku cukup berminat untuk mengenali yang namanya manusia... criteria and attitude yang berbeza menjadikan kita yang berbeza.. sejak aku belajar untuk menaiki bas banyak pengalaman yang aku nampak.. warna-warni dan pelbagai bentuk manusia yang dipertonton kepada aku... YA ALLAH... ada yang cantik dan ada yang jelek... kasihan aku melihat sesusuk tubuh 5 depah dari aku.... ORANG TUA YANG UZUR itu sedang berdiri di kukuhkan oleh sebatang tongkat yang sudah tua menurut aku.... dia berdiri mengeletar tua sedangkan d sebelahnya seorang muda remaja yang leka sambil senyum2 melihat telefon... oh! apakah ini??? aku ingin membantu tapi d hadapanku ada ramai lagi orang yang berdiri... sungguh anak muda itu x punya hati... aku cuba bersangka baik mengatakan dalam diri munggkin saja anak muda itu pekak ataupun x sedar... ah!lupakan...... aku cuma boleh berdoa semoga aku x seperti anak itu!!!aminnn.. :( ...

aku jatuh lagi!

wo... sekejap... bukan jatuh apa pun tapi aku jatuh terbaring d lantai masa kerja!!!! lucu+sakit+ngeri!!!!!
serius!!!! aku mcm x percaya yang aku jatuh lantas menyebabkan ini;
...aduh!!! sangat sakit... aku terkena bucu meja tempat aku berpaut...tp aku x tahan aku lepas so ini la sign yg aku dapat!sungguh!!!sakit x payah nak cakap!!!!!lebam kot!!!!ramai org tengok... free2 aku dapat simpati+gelak dr org... oh!God.... aku sakit ... ade org gelak ader org kesian... aku baru start keje kot dah dapat "kenangan" ini... tp memang ngeri ar kalau berbekas.... ni macamna ni?? kurang hantaran aku!(sempat gak)... aku semangat giler kerja terus dapat ini!!!
uwaaahhhhh.... aku dah lah xda cash money masa 2.... last2 pinjam kat member RM50.... 
huhuhuhuhuhuhu.. nnt aku bayar erk... thankssss.... i love (dan2 nak i love u) 



weh!! kita dapat MC!!!!!!!! 2 DAYS

ada beberapa keping picture yang aku sempat snap... saja... aku kan "diva"suma nak snap.. apa yang aku nampak aku snap... nak buat kenangan katenyer!!!!

ice oh! ice






- Air sejuk yg hening dpt menolong pesakit insomnia yg sukar tido agar dpt kembali tido spt biasa.

· Org yg tido dlm udara yg sejuk & bselimut utk mmanaskn tubuhnya adalh kombinasi yg baik utk mjaga kesihatan scara menyeluruh.

· Udara panas lebih mmudahkan penyebaran penyakit bjangkit krn bakteria lebih agresif & cpt mbiak dlm cuaca begini.

· Liputan ais d Antartika & Artik adalah pengimbang dasar bumi yg sgt panas.

· Kombinasi dlm bumi yg panas & luaran bumi yg sejuk adalh rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yg mengawal graviti & pergerakan bumi pd paksinya.

· Ais @ air sejuk dpt mengembalikan memori @ sifat pelupa yg keterlaluan.

· Dengan mengunyah ais anak kita dpt menguatkan giginya & benarkan mrk mkn aiskrim scara perlahan2 & bterusan sehingga batuknya hilang dlm masa bberapa jam krn dgn mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa 1 minggu utk mlegakan batuk secara total.

· Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran & kepantasan pergerakan.

· Ais amat dperlukan oleh mana2 atlit sukan dlm kcederaan yg x dsangka2kan.

· Air sejuk @ aisi djadikan bahan perencat kpd kecederaan yg akut spt demam panas yg biasanya diidapi oleh bayi yg mpunyai potensi mhidapi penyakit sawan.

· Air sejuk adalh terapi yg amat popular sbg penguat tulang yg tlah patah dgn syarat ia dbalut dgn kain hitam.

· Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pd suhu yg tinggi @ yg tlh tkena panas cahaya matahari yg pastinya akan mganggu sistem deria pd kulit.

· Air sejuk scara psikologinya amat dtakuti oleh pesakit yg mengalami gangguan jin @ dkuasai oleh unsur2 spiritual yg jahat.

· Air sejuk mpunyai nada bunyi dlm tekanan rendah yg amat lembut lg harmoni.

· Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

· Air sejuk akan mningkatkan sistem imun yg luar biasa sbg tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan & jangkitan.

· Air sejuk mpunyai daya rangsangan yg boleh mengembalikan smangat org yg tlah hilang spt pengsan, gila @ koma utk kembali sedar..

· Oksigen & hidrogen bersifat panas & ia menguasai bahagian perut. Adalah mjadi 1 kesalahan mmulakn amalan pemakanan d waktu pagi dgn unsur2 yg panas. Minumlah seteguk air sejuk d awal pagi krn ia akan menguatkan perut.



p/s erm.... masalahnya aku x suka minum air sejuk!!!!!!!!!

credit to facebook Misteri & keajaiban alam.. :)

macam bodoh kalau call tak kena pick up!

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku memang bengang kalau aku call org x pick up!!! aku call byk kali x kena pick up...... memang tension giler!!!! kenapa? bz sangat ke atau sengaja xnak pick up call???? naper??????????????????? arghhhhhhhhhh!!! mood happy for today terus hilang sebab masalah ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, November 15, 2011

RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA



::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti 
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA



cara makan rasulullah ....

cara pemakanan rasululullah

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2. 

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime


Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.


Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. 

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Sama2lah kita mengamalkan

Saturday, November 12, 2011

Gerakan Tangan / Jari yang Diharamkan Di Beberapa Negara


Buat korang yang suka melancong ke negara orang lain tu beringatlah.
korang kena pelajari dulu budaya kat tempat tu. kalau tidak
habis digelakkan nanti atau lebih teruknye korang kena perambat.
bukan jari tengah jer yang diharamkan, jari2 laen juga. Jom tengok gambar ni..
info: dari MR.google

degupan ...

assalamualaikum ....
sejak kebelakangan ni berdebar ... moga2 xda perkara yang x diingini berlaku.. GOD WILLING.. aku sebenarnya rindukan sapa ya... argh!rasanya mcm nak nagisssss je.... macam ade org yg aku rindu.... rasa kesunyian..... lah lama x berteman..... arghhhh!!!!!! 2-3hr ni fb n blog aku suma post jiwang2 je!!!!! KOMPOM GILER!!

Thursday, November 10, 2011

tribute cinta Nurul

2005
KUNDASANG RANAU SABAH
- cinta zaman sekolah yang stupid and sweet..
- nama dia NAL, mamat Bugis.
- time tu umur dia dah 20years old dan aku masih form 4 time tu.. sweet16 .. hahaha
- dia orang first yang berani comment my dressing style.. itu ini dia bebel... cause dia very stylo masa tu .. pakaian ala-ala seluar besar londeh-londeh, baju sedang-sedang... pakai topi almaklumlah masa tu singer USHER tengah up!
- location dating kami yang pertama kat Zen Garden Resort hahhaha 
- first date kami, dia berani-berani membuang cincin RM2 aku kat kolam taman! tp dia replaced dengan cincin yang kat jari dia... hehehe sweetkan. T_T
- aku pernah kantoi dengan dia masa aku dating dengan mamat lain kat public library!! study group katenyer! sekali Aliff (kekasih gelap) gatal nak hantar aku sampai kat pintu and payungkan aku sebab hujan renyai2 kat luar... tak tau plak nal (kekasih terang) dah standby kat luar nak buat segmen terjah.. hahahah ...masa tu BENCI ALIFF!!!! aku bukannya suka dia pun! tp nasik dah menjadi bubur... nal x mengamok tp dia blah mcm tu je (wei!sapa nak send aku balik rmh .. :( ... aliff x perasan yang nal 2 bf kesayanganku) aliff aku suruh blah dulu atas alasan aku nak tunggu cousin aku (time2 genting pun sempat lagi aku menipu) x lama lepas 2 zassssssssssssssssssssssss! laju giler keta nal lalu!uwaaaaaaaaaaaaa dalam keta dia ader gurl!!!!!!!! DUSH!!! dia balas dendam! and i deserve it!
- start kejadian 2 kami selalu gaduh! masing2 ego dan tidak boleh percaya!
kami break secara damai atas persetujuan bersama dan dengan alasan masing2 belum matang utk bercinta.
- relationship kami cuma beberapa bulan je.
- masa break 2 aku betul insaf! aku frust gila bai!!!!!!!!!!
- beberapa bulan kemudian aku declare dgn mamat cina.nama dia kelvin.... huh! couple utk mengisi hati yg hancur je.


berlarutan smpi aku masuk kolej kat alor star.
- aku p alor star atas sebab frust dengan nal!


HUJUNG TAHUN 2005-2008
ALOR STAR, KEDAH
- aku still dengan kelvin ...
- tapi aku x serious dengan dia.tp look like dia betul2 serious sampai ader plan nk convert muslim... hurm .. tp aku x der perasaan kat dia... last2 dia yang break dgn aku dulu sbb x tahan perangai aku yg sometimes ngeri jugakla!
- aku mula berkenalan dengan jejaka pure kedah yg nama dia FARID.
- setahun extra usia dari aku... mula2 2 sangat pendiam.
-aku sukakan cabaran.. sebenarnya aku yang tackle dia dulu... sesajer gurau2 dengan dia... last2 mamat 2 tangkap cintan kat aku... alamak.. aku yg memang baru jadi sigle pun ngap je.
- hurm... farid betul2 ajak aku jumpa mak abah dia!uwahhhhh... 1st time!
- lepas beberapa bulan couple ngan dia aku fall in love dengan mamat lain!sebelum 2 umo aku 19thn budak 2 umo 15thn!!! uwahhh adik aku!
- tp budak 2 betul2 look like 20-an mature sangat but sweet sangattttttt ;) ..
- alamak tp aku masih couple dgn farid la... mampos!!!!
- budak 15thn 2 nama dia WAN... duduk betui2 belakang rmh sewa aku .. ;)
- argh lantak lah .. i couple dua sekali
- entah silap mcmna aku kantoi oleh farid msg dgn wan :) mengamuk member! siap ade kayu dalam keta and call member2 cari wan.. pusing alor star cari wan.aku pucat lesi dlm keta.bro. farid bawak keta sambil jerit2 bai sapa x cuak! darling wan.. mintak2 la wan x pick up call farid... dia cari wan ni.... x jumpa .. farid mengamuk dan aku terpaksa mendengar dia membebel sampai pukul10mlm depan rmh.... aku dah nages da... bukan sebab apa kata2 dia pedas gile dan dalam masa yang sama juga aku takut dia jumpa wan.. wan i love you :(...
- esokkan nya aku jumpa wan kat warung depan rmh... dia senyum naik motor dengan adik dia.... aku tahan dan tanya dia ape dah jadi semalam.. rupanya wan msg and "aku" replied... eh!aku xda replied la... ni mesti farid yang replied ni... hurm... aku xplain kat wan.. wan ok je... cool!!! b i luv you.... matang kan dia walaupun umo bru 15thn.. :) ... dia kata "xpe... biasa la 2" tp mesti dia kecik ati kan aku x bela dia T_T ... esoknya wan hantar makanan kat umah aku .... mee goreng and air cocolate :) ... dia betul2 cool... wow!
- aku dan wan pernah dating sampai pukul4 depan rumah!!!!! hahahahahah
- farid? start dari hari 2 dia mula tunjuk panas baran dia yg tahap dewa! selalu mengamuk nasip baik aku boleh control dia!lupakan... seketika....
- wan... happy giler dapat tau result PMR wan!!! tip top.... dan dia masuk MRSM... hurm... dia nampak sangat sedih... aku pun sedih gak ... tp ni utk dia gak... nak tak nak dia tetap mesti pegi MRSM.... sebelum jalan dia belikan aku patung hamtaro.. besar ...aku sayang sangat patung 2...
ini lah hamtaro wan bg tp masa blk sabah 2 ade kwn curik sebab dia minat kat wan!!! smpi skrg dah x jumpa da!!!! sedih


- aku lansung x kacau wan masa kat MRSM...
- around 2007 aku break dgn farid atas alasan yang sangat sensetif untuk dikongsi.... WAN SORRY X BAGI TAU... sbb dgr2 wan dah ada gf  kat sana... :(
- sebulan lepas 2 aku berkenalan lg dengan seorg political.. just call, MAN je... sebab takut org kenal.. umur 34 ... mula2 kawan dgn dia aku x tau yang dia dah lama usha aku.. katenye dia mula usha aku masa aku sebok gaduh ngan farid kat taman.... (farid lagi) ... hurm.... ape2 la.... aku couple ngan dia setelah lebih RM10000 duit dia habis nk tackle aku... (diva ke???) bukan spend utk aku tp utk kawan2 aku... plan yg baik punyerrrrr dia ni ..... hari2 kuar makan... hello... bukan berdua ok ... aku ajak housemate & ex-housmate... gile mmg gile! berlarutan selama 6 bulan... kira berapa duit dia habis?sumpah aku x tipu... klu kami rasa nak karok aku ajak man...dan man dengan senag hati on jer!arg!!!!!! kesian dia... tp aku pun kesian gak sebab kawan2 aku sukeeeeerrrr je kuar sebab depa dapat top up RM10/org!!! aku hampehhhhhhh...... man kurang komunikasi ngan aku... lebihh kpd kwn2 aku... ala nk tackle kwan2 aku dulu sblm tacke aku... katenyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... huh!bla.. bla... 2008 aku masih dgn man.
-sekitar 2008 tu WAN muncul cari aku... :(
- dan aku masih syg kat dia!
- kami continue our love yang selama ni gantung!
- macam biasa status dia tidak berubah KEKASIH GELAP...
- 2008 dia masuk UIA... aku ditinggalkan lg... aku frust aku tinggalkan man aku bawa diri ke sabah....
- WAN TETAP DIHATI ...


2009- NOW
KUNDASANG TO KL
-aku masih sendiri...............
-hari2 rindu WAN... TP dia dah ada gf yang layak untuk dia.. harap2 gf dia jaga dia baik2...




p/s: mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya... cukup sekadar mendoakan kebahagiaannya dari jauh T_T semoga ALLAH memberikan kehidupan yang terbaik kepada semua NAMA2 leleaki yg pernah singgah di hati aku.. amin ..... 
wan T_T