"" ""
ADD BACKLINK HEREMyspace Layouts

nurul's Quotations

i am who i am.i do what ever makes me happy.i live for me.NOT U!u may not agree with me...but i`m not seeking ur approval.i`m happy with all that i`m

i help you

Friday, July 26, 2013

Itu memang salahku!


Malu aku
Sangat malu dengan dia
Semalu2 aku dengan dia
Aku terduduk, bernoktahnya kata
Tersimpul mati akalku!

Tidak!
Ini bukan agendaku
Bukan juga sinetron
Apatah Lagi rencanaku!

Malunya aku!
Pukul Lah aku
Supayaku sedar!
Belasahlah minda dan jiwaku agarku
Bangun...,
Jangan pernah menunding jari ke dia
Kerana terang aku yang salah!

Sangatku malu!
Gediknya laku
Gatalnya bicara!
Apapun alasan
Aku Lah salah
Aku Lah salah
Dan KU tau itu memang salahku.....



Lelaki KU



Terima kasih kerana buatku tersenyum
Terima kasih kerana buatku dihargai
Terima kasih kerana buatku lelap
Terima kasih kerana buatku jaga
Terima kasih kerana buatku senang
Terima kasih kerana buatku selesa
Terima kasih kerana buatku tenang
Terima kasih kerana buatku sempurna

Lelaki KU
Maafkanku kerana kelemahaku
Maafkanku kerana kesucianku
Maafkanku kerana kekasaranku

Maafkanku kerana kelakuanku
Maafkanku kerana ketidaksempuraanku

Lelaki KU
Janjiku akan buatmu rasa bahagia
Janjiku akan buatmu rasa sempurna 
Janjiku akan buatmu rasa lengkap
Janjiku akan buatmu rasa tenang
Janjiku akan buatmu rasa dihargai
Janjiku akan setia denganmu

Ini nurkilan buat LELAKI KU
Kerana aku sayang dia!

Friday, July 12, 2013

Duhai malam

Wahai malam
Dengari AKU 
Kerana AKU sedang menangis
Tangisan yang sumbang lagunya
Air mata yang minta ditakung
Lemah badan ku minta dipeluk erat 
Seerat kasih Sayang 
Seikhlas kasih

Wahai malam
Temani AKU yang agak kesunyian
Suramku umpama surammu
Kita adalah sama
AKU mengenang Kisah silam yang tiada penyudahnya
Kesusahan yang  yang minta di titik noktah

Ramadan yang pertama 2013

Asalamualaikum
Allhamdullilah ya Allah kerana berikan AKU kesempatan menyambut Ramadan tahun ini Ramadan yang ke 26 bagi ku...
Allhamdullilah terima kasih ya Allah kerana kau berikan AKU kekuatan kepada ku.. Cuma kau saja yang tahu betapa AKU rindu Akan keluarga ku yang jauh seberang laut cina selatan.. Lindungi keluarga ku ya Allah Dari hasad dengki duniawi.. Berikan kami umatmu kemurahan rezeki, kesihatan yang terbaik, Ketenangan hidup, kebersihan hati.. Lebarkan rahmatmu kepada kami ya Allah.
Miskipun AKU menyambut Ramadan kali ini tanpa keluarga namun doa ibu bapa ku mengiringi ku.. AKU percaya itu...
Semoga adik beradik ku sejahtera dimanapun mereka berada.... Aminnn

Monday, July 8, 2013

AKU bukan malaikat

Maaf
Kesilapan yang di luar kemanusiaan
Kesilapan yang di luar jangkaan 
Kesilapan yang di luar gelanggang kewarasan
Kesilapan yang di luar batas kesedaran
Dan pelakunya adalah AKU

Maafkan
Aku yang selemah-lemah Umat
Aku yang kadang-kadang tersasar dari landasan
Aku yang hanya mampu merancang
Aku yang tewas dengan si hitam bertanduk
Aku yang gagal mengawal emosi
Dan pelakunya adalah AKU

Memaafkan
Siapa aku untuk menghukum
Siapa aku tuk pertikaikan itu dan ini
Siapa aku untuk menolak ini dan itu
Siapalah aku untuk menepis kesilapan 
Ku percaya karma
Dan pelakunya AKU




Friday, July 5, 2013

Selemah-lemah AKU

AKU
Tidak pernah meminta untuk jatuh cinta
Tidak pernah Ingin menjadi pegemis cinta
Tidak pernah terniat untuk menagih cinta
Tidak pernah terfikir untuk memaksa cinta
Tidak pernah terlintas untuk menjadi hamba cinta

AKU 
Perempuan yang penuh dengan kelemahan
Sering meminta simpati dengan yang namanya semangat
Sering menagih pujukan sang perasan
Sering menolak nasihat akal
Dan seringkali menjadikan hati sebagai mangsa
 
AKU
Selalu mencipta sebuah cerita dongeng tentang cinta
Yang AKU tau AKU Akan terkehel dan jatuh
Selalu memgaktifkan barah cinta
Padahal AKU tau ianya sakit dan tiada ubat nya
Mendambakan seorang doktor pakar cinta untuk perawat
Tetapi doktor itu cuma Boleh mengubat melalui kemanisan kata tapi tiada jaminan untuk ku sihat kembali dan bersemangat kembali

Yang Ada AKU Selamanya lemah tentang CINTA 




Thursday, July 4, 2013

Kekangan hati

Hati,
Maafkan aku kerana menyeksamu sekali Lagi
Maafkan tuanmu kerana menghancurkan mu sekali Lagi

Hati,
Aku menjadikanmu mangsa aku yang kesekian kali...
Aku menipu mu untuk katakan tidak kepada cinta Lagi
Aku berjanji untuk menjadi keras tapi aku tersungkur juga kerana CINTA 

Hati,
Rasa bersalah tebal di lubuk
Namun ini bukan pintaku
Ini bukan mahuku
Siapa aku untuk menolak takdir

Hati bertahan Lah......
Sebab kau sangat penting bagiku sekarang
Bantu aku untuk bangun kembali.....

Friday, June 28, 2013

Aku yang tersungkur!

Setelah sekian lama AKU tidak menjenguk belog, kini AKU membuka cerita baru dalam hidup ku..... 
Ingat x AKU pernah jatuh CINTA 9tahun lepas? Dan kini perasaan itu timbul Lagi!!!!!!!!! Setelah penat AKU mendera perasaan ku utk tidak jatuh CINTA! Kini AKU membuka seluas-luasnya untuk lelaki!mungkin kedengaran agak desperate, tp bukan itu maksud ku. Dengan umurmu Yg sudah 26tahun kini Tiba masa untuk AKU bercerita tentang hati,CINTA dan kehidupan.... Pencarian bakal suami Bermula!!!!!!