"" ""
ADD BACKLINK HEREMyspace Layouts

nurul's Quotations

i am who i am.i do what ever makes me happy.i live for me.NOT U!u may not agree with me...but i`m not seeking ur approval.i`m happy with all that i`m

i help you

Sunday, August 12, 2012

shopping raya!!!!

salam ramadhan semuanya....

peristiwa ini 10/8/2012...
agak lewat but.... still boleh share kan....
aktiviti 'ukur kl' ni dibantu oleh teman lama yg mmg lama x jumpa.... kebetulan dia pon nak shopping raya jugak... so join la... sambil sungkai bersama!! hahahahha.... aku keluar dari jam 9am...huaaaaa...penat?mmg penat tp BEST!!

LOKASI PERTAMA?
JALAN MASJID INDIA!salah 1 pav ku time nak2 raya...sesak mmg sesak tp...ntah for me...price n brg dia ok la.....biase2 je tp.... menarik!



seorang diri...sbb tunggu ERIC(old friend) lambat... dia ada hal....lepas solat jumaat bru jumpa.....

LOKASI KE-2.... JALAN TAR!
pun meriah jugak.... bestttttttttttttttttt.....

LOKASI KE-3...KLCC
hahahahah.... dalam kurungan nak jmpa kwan kerja... hahahah... ridu..almaklumla cuti panjang sudah mula....hahahahahah.... sempatla rembat kasut 8PASANG KASUT!!!! hahahah.... 




patah balik ke MASJID INDIA utk jumpa c kawan...sbb dia nak beli something kat sana.... hahahahah
huh.... then... lepas 2 dia dpt call dari mmbr yg bagi taw ADA SALE GEMPAK at jjMALURI...omg!!!!aku terus teruja...kami gegas ke sana naik train!!!! sbb jalan jem...at least naik train lancar sket..hahahhah.... sampai sana...AKTIVITI MEMBORONG......i love it....hahhahahahahhaha.....
 sungkai dgn air je.... n kul9 kami makan at KFC...nyum2.....

kul10....aktiviti berakhir...( aku nak sambung tido....)besok edit..hahahhahah



love,

Thursday, August 9, 2012

meh bucuk DIET

Melayukini.net – 10 Tips Tingkatkan Metabolisma Tubuh Badan Anda (Menarik!) | Metabolisma dalam badan adalah bergantung kepada individu tersebut. Ada yang mengalami metabolisma tinggi dan ada yang sebaliknya. Apabila kita menjengah umur 20-an ke atas atau pun mula menjengah 40-an ke atas kadar metabolisma kita akan mula menurun dan kita akan nampak kesannya dengan kenaikan berat badan yang mendadak berbanding dahulu. Kalau dahulu banyak mana sekalipun makanan yang anda makan masih lagi dapat mengekalkan bentuk dan berat yang ideal, kini tidak lagi.




Bayangkan anda telah berdiet dengan mengurangkan pemakanan tetapi apabila anda termakan lebih sedikit sahaja berat anda cepat meningkat dan tidak menunjukkan penurunan. Adakah ini merisaukan? Bukan sahaja membuatkan anda risau, malah anda akan hilang motivasi untuk terus berdiet.


Kadar metabolisma ini bergantung kepada beberapa faktor. Lelaki lebih mudah untuk membakar kalori berbanding perempuan berdasarkan saiz otot mereka yang lebih besar. Yang muda lebih mudah untuk membakar kalori berbanding yang sudah berumur. Walaupun anda tidak boleh kawal dari segi umur, genetik dan juga jantina, terdapat cara yang boleh tingkatkan metabolisma anda.


1. Bina otot


Tubuh badan kita sentiasa membakar kalori, walaupun pada waktu kita rehat. Kadar metabolisma ketika rehat ini menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu mempunyai otot yang lebih besar. Setiap 0.5kg berat otot menggunakan tenaga lebih kurang 6 kalori setiap hari hanya untuk mengekalkan saiz otot tersebut sahaja berbanding 1 pound atau 0.5 kg lemak hanya membakar 2 kalori sahaja sehari. Perbezaan yang kecil ini akan semakin ketara dengan masa. Apabila anda melakukan aktiviti angkat berat, otot anda akan bekerja keras dan akan menambar kadar metabolisma ketika anda rehat.


2. Tingkatkan jenis senaman anda


Senaman aerobik mungkin tidak membantu anda membina otot yang lebih besar, tetapi ia dapat tingkatkan kadar metabolisme anda beberapa jam selepas anda melakukan senaman. Kuncinya, cuba sehabis baik. Senaman yang ‘high intensity’ memberikan anda pembakaran lemak dengan lebih besar dan lebih lama daripada jogging biasa. Caranya, sekiranya anda berjoging, tingkatkan kelajuan anda dalam masa yang singkat dan diselangi dengan kelajuan biasa. Atau sekiranya anda pergi ke gym, lakukan senaman yang lebih berat daripada biasa dengan waktu rehat dikurangkan.


3. Banyakkan minum air.


Badan perlukan air untuk proses kalori. Sekiranya anda mengalami dehidrasi, kadar metabolisma anda akan jadi perlahan. Di dalam kajian yang telah dijalankan, seseorang yang minum 8 gelas air suam membakar kalori lebih tinggi daripada seseorang yang minum hanya 4 gelas air suam sahaja sehari.


4. Minum minuman yang berais.


Badan akan cuba memproses untuk meningkatkan suhu air tersebut sekiranya anda minum air suam yang berais. Untuk meningkatkan suhu air tersebut memerlukan tenaga, dan dari situ tubuh badan anda akan cuba membakar lebih kalori berbanding biasa. Kajian mencadangkan 5 hingga 6 gelas air suam berais mampu membakar 10 kalori tambahan setiap hari. Anda juga boleh mendapat manfaat dengan meminum kopi mahupun teh hijau dengan meletakkan ais. Asalkan kopi dan teh hijau tersebut tidak mempunyai gula.


5. Makan dengan lebih kerap.


Makan banyak sudah pasti menambahkan berat. Tetapi makan dengan lebih kerap membantu anda meningkatkan kadar metabolisma. Apabila anda hanya makan 3 kali sehari sudah pasti anda mengambil satu porsi yang besar berbanding dengan makan lebih daripada 3 kali sehari. Metabolisma badan anda akan turut juga menurun. Apabila anda mengambil makanan dengan lebih kerap anda dapat mengekalkan metabolisma badan anda daripada jatuh. Sebaiknya makan setiap 2 jam setengah dengan kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap.


6. Pedaskan makanan anda.


Makanan yang pedas mempunyai bahan kimia yang mampu ‘kick’ metabolisma kepada gear yang lebih tinggi. Kesannya mungkin sekejap tetapi apabila anda berterusan makan makanan yang agak pedas, kesannya akan bertambah.


7. Tinggikan protein dalam makanan.


Badan memerlukan lebih banyak kalori untuk menghadap makanan yang bersumberkan protein berbanding makanan yang bersumberkan lemak dan juga karbohidrat. Protein memerlukan 25% lebih tenaga berbanding lemak untuk dihadamkan. Walaupun anda inginkan makanan yang seimbang, dengan menggantikan sedikit sumber karbohidrat anda dengan makanan yang kaya dengan sumber protein mampu merangsang kadar metabolisma anda.


8. Minum kopi hitam.


Sekiranya anda memang menjadikan kopi sebagai rutin harian, anda mungkin merasakan tenaga dan daya tumpuan semakin bertambah terutama ketika waktu pagi. Sekiranya anda minum secara sederhana, ia mampu membantu meningkatkan kadar metabolisma anda.


9. Minuman teh hijau


Terlalu banyak kajian yang menunjukkan faedah-faedah teh hijau. Anda tidak boleh menafikan kebaikannya untuk kesihatan badan. Di dalam kajian sains, apabila anda minum 2 hingga 4 cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan ada sebanyak 17% lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat.


Sebaiknya minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk ‘boost’kan lagi kesannya.


10. Elakkan diet yang melampau.


Diet yang melampau biasanya melibatkan diet yang hanya mengambil kurang daripada 1000 kalori. Walaupun diet ini membolehkan anda menurunkan berat badan dalam masa yang singkat tetapi ia akan menyebabkan metabolisma anda menjadi perlahan. Diet ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada berat otot juga berkurangan. Ia tidak hanya bertindak pada lemak tetapi juga pada otot. Semakin ringan berat otot anda semakin rendah metabolisma anda.


Akibatnya, badan anda akan mula mengadaptasi dan membakar kalori dengan lebih rendah dan mudah menyebabkan berat anda bertambah dengan mendadak lebih tinggi daripada sebelum anda berdiet.


Impak daripada makanan dan minuman yang telah dijelaskan tadi hanyalah sebahagian kecil sahaja berbanding apa yang anda perlukan untuk mengekalkan penurunan berat badan anda.


nasihat i,: if nak berdiet boleh tp pikirkan basic diet/tujuan dan target anda.... kita sama2 berusaha.....:)


love,

Saturday, July 28, 2012

lagi fakta yg aku br tau




1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang
banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar
biasa

dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan
di

mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah
diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan
'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak
akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang
berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan
turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini
dapat

menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8



Read more at http://amirsuez.blogspot.com/2012/07/tau-ker.html#tQsbehAuwjDPFiKd.99


love,

?? ini fakta tau......




1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

6. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

7. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

8. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

9. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
10. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

11. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

12. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

13. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

14. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. 
Read more at http://amirsuez.blogspot.com/2012/06/fakta-fakta-yang-anda-perlu-tahu_30.html#Ks0MvA2KIJR6RiwY.99


love,

Sunday, June 24, 2012

Elken Corpsdereve DX Lingerie series

assalam....
 aku memang gila memakai korset... aku dah cuba mcm2 korset... start form 1 aku dah mula pakai korset... sebab 2 aku rasa x membazir spent money almost RM5,000 untuk sepasang korset... :) bukan mengada-

gada tapi itulah kenyataannya..... and i love it... thanks Elken Corpsdereve DX Lingerie series is a good choice for you... hehe..

kualiti dan meterialnya sangat terjamin.... believe it or not? u all boleh duduk yoga lg.. seriously very comfortable ... body figure pun melentik..... untuk tulang belakang pon bagus..... itu yang aku sgat suka..... control quantity makanan yang kita mkn.... kenyang sentiasa... oh my god!!! awesome!!!!!!!!!!! pakaian dalam la senza/triumph aku untuk mlm je.... cuz i wash my DX..... HAHAHAH.... untuk makluman semua pakaian dalam DX ni mudah kering and anti bacteria .... nice kan.....

The ergonomically designed Elken Corpsdereve DX Lingerie series is a good choice for you

next nnt kita cerita lg


love,

Sunday, May 20, 2012

forget him!

forget his name,
forget his face,
forget his kiss
forget the love that you once knew,
remember he has someone new,
forget him when they played your song.
remember when you cried all night long,
forget how close you once were,
remember he has chosen her,
forget how you memorized his walk,
forget the way he used to talk,
forget the things he used to say,
remember he has gone away,
forget his laugh forget his grin,
forget the dimples on his chin,
forget the way he held you tight,
remember he's with her tonight,
forget the time that went so fast,
forget the love that moved, its past,
forget he said he'd leave you never.
REMEMBER HE'S GONE FOREVER!!!

MY TEARS NOT FOR YOU..... I JUST PITY WITH MYSELF CUZ TRUST YOU LIKE A SHIT



love,

Tuesday, May 1, 2012

gila kerja

salam....

taksub dengan kerja.... kerja...kerja..... makan lupa.... kerja lagi... lagi dan lagi... no breakfast , no lunch... working again and again .... lupa segala2 ... break sekejap makan sbb sombody tunggu at dome klcc... 2/3 suap sudah xda selera patah balik tinggalkan sombody td sbb tanggungjawab dgn kerja... then janji pada tummy yg dia akan dilayan sebentar sahaja lagi... tp tummy kena tipu lagi buktinya pukul 11mlm masih x lapar.... terus tummy merajuk xda selera makan.... T_T...and now tummy hasut mata dera energy sampai sekarang GUE BELUM DAPAT TIDUR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! P/S semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan kesihatan yg TERBAIKKKKK... T_T





love,