"" ""
ADD BACKLINK HEREMyspace Layouts

nurul's Quotations

i am who i am.i do what ever makes me happy.i live for me.NOT U!u may not agree with me...but i`m not seeking ur approval.i`m happy with all that i`m

i help you

Thursday, May 19, 2011

Kenali Warna Solekan Kamu



Tahukah kamu pemilihan warna kosmetik yang sesuai amat penting bagi menyerlahkan lagi penampilan kamu? Ini kerana jika pemilihan ini tidak sesuai dengan kulit wajah, penampilan kamu akan kelihatan hambar dan pastinya keyakinan diri kamu hilang. Berikut merupakan tips pemilihan warna kosmetik sesuai mengikut tona kulit kamu: 

1. KULIT CERAH
Memiliki kulit cerah memberikan lebih pilihan warna sesuai buat kamu. Pemilihan warna terang dan panas memberikan kamu ‘mood’ moden dan ceria. Pemilihan warna pastel menyerlahkan sifat kelembutan kamu dan membuatkan kamu nampak lebih manis dan segar. Pemilihan warna sejuk seperti warna-warna gelap memberikan gaya elegan buat kamu dan ia sangat sesuai digunakan pada waktu malam.

2. KULIT KUNING LANGSAT
Pemilihan warna seperti hijau tua, ungu, biru dan merah jambu menonjolkan efek solekan menarik pada siang hari. Warna emas atau ‘copper’ menampakkan wajah menjadi eksotik. Cuba elak daripada menggunakan warna-warna seperti pastel,
kuning dan warna-warna terang.

3. KULIT SAWO MATANG
Warna-warna mengandungi ‘shimmer’ (pengilat) untuk kesan berkilau sesuai bagi kamu yang mempunyai warna kulit seperti ini. Ini menyerlahkan daya tarikan solekan dan personaliti kamu itu. Di kala majlis makan malam, apa kata kamu cuba solekan bermotifkan rona gelap dengan kesan berkilauan. Pasti mata tertawan.

No comments:

Post a Comment